Yayasan Inovasi Malaysia and their control / Malaysian Foundation of your home for Innovation. 11-Sep-2013 | News & Articles | Utusan Malaysia. KUANTAN 10 Julai - Produk-produk baharu yang dihasilkan melalui inovasi perlu dikomersialkan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara pembekal teknologi baru menjelang 2020. Abu Bakar Mohamad berjabat tangan dengan Suhaimi Sulong pada majlis Menandatangani Perjanjian Pengkomersialan Produk Inovasi di Kuantan, kelmarin. Turut serta Mazalan Khamis , Ketua Pegawai Eksekutif Teknologi Park Malaysia, Mohd. Azman Shahidin dan Ahli Majlis MPK, Mahassan Hussin . KUANTAN 10 Julai - Produk-produk baharu yang dihasilkan melalui inovasi perlu dikomersialkan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara pembekal teknologi baru menjelang 2020. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, kerajaan menyasarkan sebanyak 65 produk inovasi dikomersialkan setiap tahun.
Menurut beliau, kerajaan juga telah menyediakan dana penyelidikan berjumlah RM2 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 bagi membantu merancakkan lagi perkembangan inovasi di negara ini. "Perkembangan inovasi yang boleh dikomersialkan memang ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini dalam usaha membawa Malaysia ke status negara maju dan berpendapatan tinggi. "Oleh itu, kerajaan menyediakan peruntukan besar setiap tahun bagi memastikan perancangan ini dapat dicapai. Sebenarnya, kita mempunyai banyak produk hasil inovasi anak tempatan, cuma yang menjadi masalah ialah untuk mengkomersialkan produk-produk itu sahaja," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian pengkomersialan produk inovasi Majlis Perbandaran Kuantan Transit Killer Rat dengan KIK CnaG Sdn. Bhd. di sini semalam. Perjanjian itu ditandatangani oleh Ahli Majlis MPK, Datuk Suhaimi Sulong manakala KIK CnaG diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hussein Mohd. Ariff. Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr. Mazlan Kamis dan Timbalan Presiden Technology Park hotel kuala lumpur Malaysia , Shahazman Abu Samah. Sementara itu Abu Bakar berkata, MPK merupakan pihak berkuasa tempatan pertama di negara ini yang berjaya mengkomersialkan produk inovasinya. "Usaha ini perlu dicontohi oleh PBT dan agensi kerajaan yang lain. Saya berasa kagum dengan daya usaha MPK di dalam memajukan program-program yang berasaskan inovasi," katanya.
Melalui perjanjian itu, syarikat berkenaan akan membayar pendahuluan RM300,000 kepada MPK bagi memperoleh hak ke atas produk Transit Killer Rat dan mengkomersialkan produk berkenaan untuk dipasarkan. Produk hasil ciptaan kakitangan MPK itu dapat mengurangkan ancaman tikus yang sering membawa pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kepada manusia.